Asas Emel Dan Advokasi
9 Julai 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 8 Julai 2018, Pusat Internet Engkilili telah mengadakan Kelas Asas Emel kepada pelajar sekolah dari SMK Engkilili. Seramai 10 orang pelajar yang dipilih mengikuti kelas ini.
Dalam kelas ini, peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah ini telah diberi pengetahuan tentang asas internet dan Emel. Pengurus Pusat Internet Engkilili juga menerangkan tentang Pengenalan kepada Emel dan memberi tunjuk ajar bagaimana membuat akaun Emel menggunakan Gmail. Peserta juga diajar bagaimana menghantar emel menggunakan Gmail. Kemudian, kelas diteruskan dengan tayangan video Mobile E-waste dan Klik Dengan Bijak. Penolong Pengurus Pusat Internet Engkilili memberikan huraian tentang video yang telah ditayangkan kepada peserta.
Kelas yang berlangsung selama 3 jam ini bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: